Wednesday 6 April 2016

Perbezaan Jus Alkurma dengan Jus kurma yang lain

Assalamualaikum semua, mesti adayang tertanya-tanyakan atau berpendapat Jus Alkurma sama je dengan jus kurma lai. Semestinya bukan ye.

Jom wani terangkan perbezaannya di bawah :


yang penting ianya daripada KURMA AJWAiaitu kurma yang paling disukai nabi. Nak tahu manfaat Kurma Ajwa? Jom baca jap

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

KHASIAT KURMA AJWA

Siapapun yg pagi2 memakan 7 buah kurma ‘Ajwah, maka pada hari itu dia tidak akan mudah keracunan dan terserang penyakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.

Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perubatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan.
Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh.

Kurma seumpama ‘buah ajaib’ seharusnya dijadikan juga pilihan makanan kudapan atau menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW sendiri mengangkat tinggi taraf buah kurma kerana mempunyai nilai-nilai kesihatan yang baik termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh.

KEGEMARAN RASULULLAH

  • Kurma Ajwa merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW yang mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.
  • Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.
  • "Kurma ialah satu makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin kaya dengan anti oksida seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.
''Anti oksida mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan kanser pankreas," ujar Pengarah Eksekutif Rasa Resources, Abdullah Abdul Jalil.

 Lihat Testimoni Jus Alkurma

   0132260818

1 comment:

  1. salam. nak tanya kenapa pada botol tak ditulis langsung dibuat dari kurma ajwa, hanya gambar sahaja.

    ReplyDelete